Falsafah Śaṇkara Sankaracharya

Advaita Vedanta

Śaṇkara merupakan penaung hebat falsafah Advaita Vedanta. Menurut Śaṇkara, kebenaran asas atau realiti sebenar di sebalik alam yang penuh kepelbagaian ini ialah satu sahaja. Dalam bahasa Sanskrit, ini dikenali sebagai Advaita (bermaksud, 'tiada dua'). Realiti ini dipanggil sebagai Brahman. Disebabkan faktor Maya yang pelik dan tidak boleh dijelaskan, Brahman kelihatan seperti lebih daripada satu. Sama seperti, dalam keadaan sedikit gelap, seutas tali di atas jalan kelihatan seperti seekor ular, begitu juga, Maya melindungi keadaan sebenar Brahman (sebagai Sat-Chit-Ananda) dan menunjukkan-Nya sebagai dunia kepelbagaian ini. Namun, seperti mana apabila jalan diterangi cahaya, tali kelihatan seperti tali, begitu juga, Jnana atau ilmu menyingkirkan ilusi yang disebabkan oleh Maya. Maka, dunia yang kita lihat ialah sebenarnya suatu unjuran Maya ke atas Brahman.

Menurut Śaṇkara, dunia atau Alam Semesta tidak boleh dijelaskan dengan kepastian kerana ia sentiasa berubah. Dunia tidak boleh dikatakan sebagai wujud atau tidak. Sesuatu yang benar-benar wujud tidak boleh kemudiannya menjadi tidak wujud. Namun, setiap saat, ia sedang musnah, dan sesuatu yang baru lahir. Jadi, dunia wujud dan pada masa yang sama dunia tidak wujud. Macam mana sesuatu yang abadi boleh menjadi fana dalam masa yang sama? Bagi menjelaskan keadaan ini, Śaṇkara menggunakan terma 'Maya'. Alam Semesta ini bersifat Maya.[4] Dunia yang kita lihat ialah sebenarnya suatu unjuran Maya ke atas Brahman.

Jiwa

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Aku'? Siapakah ‘Aku’? Jawapan kepada soalan ini ialah ‘Aku seorangyang cantik’, ‘Aku seorang peguam’, ‘Aku seorang kaya’, ‘Aku seorang India’ dansebagainya. Manusia dengan salah mengenalpasti dirinya dengan jasadnya yangfana. Sankara membuktikan secara analisasi bahawa roh adalah sempurna. Akubukan badan. Aku ialah Atman (roh). Aku mempunyai badan. Individu mempunyai tiga faktoriaitu badan, minda, dan ego atau diri. Badan dan minda sentiasa berubah. Egoatau diri tidak berubah kerana diri yang sama yang wujud sejak kelahiran hinggakematian seseorang individu. Perubahan bermaksud kematian sesuatu dan kelahiransesuatu yang lain, peninggalan sesuatu dan kemasukan sesuatu yang lain,penamatan sesuatu dan permulaan sesuatu yang lain. Maka, 'tidak berubah' bermaksudtidak ada permulaan dan pengakhiran. Dalam kata lain, ‘tidak berubah’ bermaksud‘abadi’. Sankara juga membuktikan bahawa sesuatu yang abadi juga adalahinfinit. Demikian, Sankara membuktikan bahawa Atman adalah infinit dan abadi.[5]

Sankara juga membuktikan kesatuan roh. Tidak boleh ada dua infinit. Diri aku ialah Atman sebenar di sebalik semuabadan dan minda.  Keadaan ini sama untuksemua hidupan. Hanya wujud satu Atman. Atman yang sama berada dalam semuahidupan. Ini ialah falsafah Advaita atau sistem monistik.  

Namun, selepas menjelaskan bahawa dunia ialah suatu ilusi, Śaṇkara menunjukkan cara untuk keluar daripada keadaan kejahilan ini. Apabila seseorang sedar bahawa dia berada dalam kejahilan, dia harus berusaha untuk keluar daripada keadaan itu dengan melakukan Sadhana atau disiplin kerohanian. Dengan memperolehi ilmu rohani, dia boleh menyedari dirinya sebagai Sat-Cit-Ananda atau Atman yang suci. Selepas memperolehi kesedaran rohani, badan mungkin terpaksa berfungsi selagi prarabdha karma wujud. Apabila prarabdha karma dihabiskan, orang itu akan mendapat Mukti apabila dia meninggal dunia. Seseorang yang telah menyedari Atman tetapi masih meneruskan hidupnya dipanggil sebagai Jivanmukta (yang bebas semasa hidup). Walaupun seorang Jivanmukta meneruskan dengan aktiviti-aktivitinya, reaksinya terhadap suka duka kehidupan telah berubah. Dia tidak lagi terpedaya dengan Maya.